Here I am..

welcome to my respected readers. I am an ordinary human... as the saying says normal people makes mistakes... but lives begin when we learn from mistakes....

Sunday, August 25, 2013

serabut ke ???

assalamualaikum..... salam syawal :)

mencari sekuntum permata dalam timbunan kaca itu sukar, tapi mencari ilmu dalam timbunan buku itulah adat belajar. siapa engkau dan siapa aku usah dipersoalakan tapi tanya diri sendiri kenapa aku di sini dan untuk apa aku buat semua ni??

serius kan penyataan diatas?
well aku pun tak tau kenapa aku tulis ayat - ayat kat atas tu. cuma satu je yg aku tau lately hidup aku agak serabut. macam biasa menjadi pelajar tahun akhir bukan senang dan rupanya banyak kerja yang perlu dibuat.. paling tak syok esemen...(demam esemen part 8 melanda IPG hohoho bersedialah anda semua....)

otak jammed dan jari kaku untuk menaip di papan keyboard apa yg perlu aku tulis, macam mana struktur ayat aku dan bolehkah org faham kalau baca apa aku tulis ni.... macam2x perkara yang berputar diminda tapi yang pasti aku x sabar menunggu berakhirnya semua ini dan lepas tu boleh rehat sepuasnya yeayyyy...

perhatian ku alih sebentar ke sini. bukan apa sekadar berkongsi rasa dan menghilangkan serabut yang menyesakkan dada ini. (giler a puitis abes ayat)

sekarang semua kawan2x aku sibuk menyiapkan esemen masing2x. semua org buzy jadi takde masa tok main2x dah lani.... nasihat aku kepada kawan2x diluar sana dan untuk diri sendiri walau apa pun cabaran dan rintangan yang datang, yakinlah bahawa Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan mereka... insyaallah aku boleh buat semua tugasan ini . yeah cayok2x sue

nie nak masuk cerita lain plak:

semalam aku dan classmateku menghadiri open hause yang dibuat oleh bekas pensyarah di jabatan matematik EN. Azman. open hause ini sempena raya dan menyambut ulangtahun kelahiran beliau (yg keberapa aku tak ingat hihihi). aku sangat gembira kerana pensyarahku ini bakal mendapat gelaran DR. sikit masa lagi. semoga beliau terus sukses dalam pelajaranya.
dan aku?

 aku harap aku pun dapat mengikuti jejak langkah beliau satu hari nanti insyaallah

di rumah encik Azman banyak makanan disediakan. aku apa lagi bedal lah. bukan selalu dapat makan free...(perangai x senonoh). ini merupakan open hause yang terakhir yang aku hadiri kerana lepas ni aku akan pulang ke kg halaman dan menggu surat posting.. semoga perjalanan hidup aku akan baik2x saja dan penuh dengan kenangan. kat bawah ni gambo kami masa open hause kat umah en. Azman.

muka2x bakal guru mt insyaallah

harapan aku semoga ukhuwan aku dan classmate ku ni kekal sampai bila2x...

perjalanan hidup setiap orang adalah berbeza. apa yang sama kita berdoa dan berharap kepada pertolongan tuhan yang satu iaitu ALLAH S.W.T.

sekian post kali ni macam serius takut aku nak sambung hihihi...
kalau aku rajin jumpa lagi di lain entry....

p/s: nak sambung esemen kononnya. sambil dengar lagu papa rock "perjalanan hidup"

No comments:

Post a Comment