Here I am..

welcome to my respected readers. I am an ordinary human... as the saying says normal people makes mistakes... but lives begin when we learn from mistakes....

Sunday, March 09, 2014

BULAN 3 insiden kapal terbang terhempas MH370???


Masa bergerak terlalu pantas. Sedar tak sedar kita sudah berada di bulan 3. Sudah 3 bulan kita melangkah ke tahun 2014 ini. Banyak perkara yang dilalui sepanjang tempoh 3 bulan. Paling mengejutkan semalam 8 March 2014 berlaku satu insiden yang mengejutkan dimana pesawat MH 370 telah hilang daripada radar pengesan. Insiden ini sangat mengejutkan kerana ia berlaku secara tiba-tiba. siaran tv  di malaysia semalam sentiasa memaparkan perkembangan terkini tentang insiden tersebut. syabas malaysia anda seorang warganegara yang prihatin. 

Usaha mencari telah dilancarkan dan negara kita mendapat bantuan teknikal daripada negara luar. Pesawat ini dijangka mendarat di lapangan terbang China jam 6.30 pagi semalam namun maklumat yang diterima mengatakan pesawat ini tidak mendarat di China. Semua orang terkejut ekoran daripada insiden ini dan semua rakyat Malaysia diminta untuk mendoakan agar bangkai pesawat ini ditemui dengan segera. Kejadian ini sangat menyedihkan kerana ia melibatkan nyawa orang ramai.

Walau apapun yang terjadi diharapkan keluarga mangsa bersedia menerima segala kemungkinan dan sama-samalah berdoa agar Allah memudahkan usaha mencari dan menyelamat pesawat dan penumpang MH 370.

Segala musibah ini merupakan peringatan buat kita semua bahawa hidup ini hanyalah  sementara sahaja. Kehidupan yang kekal abadi hanyalah di akhirat kelak. Insyaallah aku mendoakan yang terbaik buat pasukan penyelamat yang mencari pesawat dan penumpang MH370. sama2x kita semua berdoa...

#prayfor MH370