Here I am..

welcome to my respected readers. I am an ordinary human... as the saying says normal people makes mistakes... but lives begin when we learn from mistakes....

Sunday, August 25, 2013

serabut ke ???

assalamualaikum..... salam syawal :)

mencari sekuntum permata dalam timbunan kaca itu sukar, tapi mencari ilmu dalam timbunan buku itulah adat belajar. siapa engkau dan siapa aku usah dipersoalakan tapi tanya diri sendiri kenapa aku di sini dan untuk apa aku buat semua ni??

serius kan penyataan diatas?
well aku pun tak tau kenapa aku tulis ayat - ayat kat atas tu. cuma satu je yg aku tau lately hidup aku agak serabut. macam biasa menjadi pelajar tahun akhir bukan senang dan rupanya banyak kerja yang perlu dibuat.. paling tak syok esemen...(demam esemen part 8 melanda IPG hohoho bersedialah anda semua....)

otak jammed dan jari kaku untuk menaip di papan keyboard apa yg perlu aku tulis, macam mana struktur ayat aku dan bolehkah org faham kalau baca apa aku tulis ni.... macam2x perkara yang berputar diminda tapi yang pasti aku x sabar menunggu berakhirnya semua ini dan lepas tu boleh rehat sepuasnya yeayyyy...

perhatian ku alih sebentar ke sini. bukan apa sekadar berkongsi rasa dan menghilangkan serabut yang menyesakkan dada ini. (giler a puitis abes ayat)

sekarang semua kawan2x aku sibuk menyiapkan esemen masing2x. semua org buzy jadi takde masa tok main2x dah lani.... nasihat aku kepada kawan2x diluar sana dan untuk diri sendiri walau apa pun cabaran dan rintangan yang datang, yakinlah bahawa Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan mereka... insyaallah aku boleh buat semua tugasan ini . yeah cayok2x sue

nie nak masuk cerita lain plak:

semalam aku dan classmateku menghadiri open hause yang dibuat oleh bekas pensyarah di jabatan matematik EN. Azman. open hause ini sempena raya dan menyambut ulangtahun kelahiran beliau (yg keberapa aku tak ingat hihihi). aku sangat gembira kerana pensyarahku ini bakal mendapat gelaran DR. sikit masa lagi. semoga beliau terus sukses dalam pelajaranya.
dan aku?

 aku harap aku pun dapat mengikuti jejak langkah beliau satu hari nanti insyaallah

di rumah encik Azman banyak makanan disediakan. aku apa lagi bedal lah. bukan selalu dapat makan free...(perangai x senonoh). ini merupakan open hause yang terakhir yang aku hadiri kerana lepas ni aku akan pulang ke kg halaman dan menggu surat posting.. semoga perjalanan hidup aku akan baik2x saja dan penuh dengan kenangan. kat bawah ni gambo kami masa open hause kat umah en. Azman.

muka2x bakal guru mt insyaallah

harapan aku semoga ukhuwan aku dan classmate ku ni kekal sampai bila2x...

perjalanan hidup setiap orang adalah berbeza. apa yang sama kita berdoa dan berharap kepada pertolongan tuhan yang satu iaitu ALLAH S.W.T.

sekian post kali ni macam serius takut aku nak sambung hihihi...
kalau aku rajin jumpa lagi di lain entry....

p/s: nak sambung esemen kononnya. sambil dengar lagu papa rock "perjalanan hidup"

Tuesday, August 20, 2013

Final year students... pheww

assalamualaikum salam satu malaysia. (aku kan patrotisme orangnya)

Oklah mula-mula aku nak ucap selamat hari raya aidilfitri kat readers (ada ke???)
semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu keberkatan kepada semua.

oklahh. Back to the main focus. sekarang aku berada di Sem 8 di IPG. dalam Bahasa mudah aku dah tua. bile sebut tua rasa macam malas je nak pikir.. tapi tak boleh.
giler ko tak pikir mana ngan kajian yg tak siap agi plus esemen yang mintak mende2x yang pelik dan macam-macam isu dan masalah yg aku tempah lagi.
semua ni pakej menjadikan aku seorang yang matang dan kene merasakan diri aku dah besar. (terasa la ada perubahan hahaha)
diulang BESOR ok..
nie la gambarannye hidup aku sekarang ok...

Tapi sejak naik cuti ni, housemate aku asyik cakap pasal kawin je. entahlah mungkin usia dah makin meningkat kot jadi pemikiran pun dah macam org besor.. (ulang lagi perkataan ini adoi). kawan-kawan batch memang ramai giler yg dah kawin. macam pesta pun ye jugak huh..

walau apa pun aku ucapkan selamat pengantin baru dan semoga panjang umur. semoga korang menjadi insan yg lebih baik selepas kawin ye...
ucapan fokus: kepada classmate aku dah kawin.( lelaki ok) semoga ko gembira dan bahagia ye.. Jodoh dia dah sampai... tahun depan mungkin kawan aku ni jadi bapak orang la plak.. insyaallah..... doakan la ye.

Aku?? ala macam biasa la... hidup tak terurus jangan nak berangan sangatlah nak kawin... hahahah... tapi lepas kawin nak buat apa ek?? macam mana dengan kehidupan? apa yg berubah???
boleh sapa2x jawab tak?? (nie pun dok bertegang urat ngan hausemate. saja je nak cari isu nak bahas kan)

oklah tutup buku pasal kawin ni.. semasa aku update post nie, actually aku tengah wat esemen (poyo je lebih ni). esemen entah kemana yg pasti tido aje la kejenye....

Bak kata Pn YUS kalau asyik pikir susah memang benda tu akan jadi susah. so kene pikir senang je sentiasa...(kepala nak kene tune dan format ni).  keje yg banyak ni menjadi tekanan kot.. so aku kene alih perhatian dulu baru mula wat keje. kene mula gerak dah.. cayok2x

yg pasti satu mende je yg berlegar dalam kepala la ni?? kenapa aku update post malam ni?? biasa bukan main susah lagi nak menjengah ke sini... papejelah...
mungkin pening dengan subjek yg dipelajari hari ini jadi aku pun merapu meraban kat sini

thanks kepada yg sudi baca...

ini adalah catatan diari aku.... tapi biasalah kan,,, aku ni bukan rajin bebenor nak update

 kat sini,,, buzy la katakan (tangan ke bahu mata pandang atas)


Akhir kata (macam surat dah ni) selamat malam dan slamat beresemen kpd rakan2x seperjuangan... sebelum melalut entah apa2x bek aku chow...
k bye...
Assalamualikum.... :)