Here I am..

welcome to my respected readers. I am an ordinary human... as the saying says normal people makes mistakes... but lives begin when we learn from mistakes....

Wednesday, December 18, 2013

Finally aku dah dewasa kononnya..

salam satu malaysia
bile baca je tajuk kat atas aku pun tak brapa paham sangat well as usual la kan.... tajuk tak penting yang pening isi cerita tak gitew/??
well aku rasa dah lama kau x buat post baru sebab kononnya sibuk...(dalam kurungan) sepnjang cuti ni macam2x jadi dalam hidup aku tapi takppe bak kata org putih life must go on.. kan

selepas menamatkan pengajian di IPG kampus Pendidikan Islam, aku kini secara sahnya bergelar penganggur terhormat... selain menunggu surat posting keje aku skrang ngabiskan harta mak bapak aku hahahh.... terbek kan???...

papepun aku bersyukur sebab masih diberi kesempatan untuk melihat dunia... sampai ke hari ni... walau apapun cabaran yg akan dtg nanti akan ku tempuh dgn jayanya insyaallah... gitew....
chow...

hope the sun tomprrow will shine as bright as today..... insyaallah

xoxo...
 p/s: post ini adalah utk mengelakkan labah2x membuat sarang di blog aku...krik4x

Sunday, October 27, 2013

Tinggal 20 hari je lagi...

assalamualaikum hello2x salam satu Malaysia....

first of all, takut tak baca en3 kat atas tu????
macam nak mati kan... ???

bak kata doktor dalam drama Melayu KLise anda ada masa 20 hari je lagi untuk hidup.. takot kau.... (giler hidup mati perkara yang serius weh... mana leh memain)

oklah tajuk kat atas tu refer kat hayat aku sebagai student tahun akhir...
oklah plus minus sem nie dah nak habis,,,, tinggal nak exam dan lepas tu boleh packing dah hohoho kita balik kg la apa lagi...
dah abis belajar kot....
gambo x de kene mengena ngan cite tau

ok dah jauh sangat melalut ni... sepanjang minggu macam2x benda jadi.. dan yg paling best ada satu hari aku x tidur ko.. ok 24 jam tak tidur....(eleh setakat tak tidur pun nak kecoh satu taman) ye memanglah tapi tak tdo sebab siapkan tesis aku rasa tak ramai... students mungkin faham kot apa yang aku cakkap ni.. kenangan kot... x tdo sebab buat kerja.. dan side effect tak tdor selama 24 jam ialah aku jadi lembab dan loya... serius pening wa cakap lu...

nanti bile dah keje boleh kenang balik moment ni kenangan manis... time2x jadi students... hahahaha... (boleh cite kat cucu aku ni)...
tuhan bagi waktu malam tok tdo dan beribadat tapi aku wat keje duniawi... tetiba rasa insaf la plak..tapi bagi aku jika kita yakin dengan pertolongan Tuhan Insyaallah semua keje boleh jadi senang.... tak caya try... faith is the best medicine and help... percayalah.....(lagi ct ko)

giteww,,

cakap org putih ko hado???? (aku yakin org len lebih power dri aku kot ... setakat BI level kg tak yah nak over sangat la...) kan

nie lagi sute entry nak kongsi...(gile tamak satu post dua cite huh)

Semalam aku beli novel keluaran FIXI... kira novel sulung yg aku beli dri penerbitan underground (ramai blogger lain kata underground so aku pinjam istilah... kejap)...org kata cite2x keluaran dlm FIXi ni lain macam sikit.. so aku pun sibuklah nak tahu apa yg lain macam tu kan,.. biasalah mak jemah..

Novel yg aku beli bertajuk : jeng je jeng...

KELABU OLEH NADIA KHAN

first of all tahniah kat penulis Nadia khan sebab berjaya buka minda aku tentang dimensi lain dlm penulisan.... sebelum ini aku asyik dok baca novel cinta... memang tahaap drma air mata (tapi sorry sikit aku x de nak menangis baca cite novel jiwang... tak kuasa,.. banyak lagi guna air mata aku ... )

Novel ni memang superb sebab dia menceritakan tentang perjalanan hidup seorg hamba Allah nama Amer. di awal cerita dia jahil tentang fitrah kejadian dia... kira dlm konfius line siapa dia dan fungsi dia dlm hidup ni (#$%^& ginilah tanda kusut dlm kepala amer tu)
tapi at the end of story dia back to origin ikut Fitrah yang dah Allah tetapkan... siapa kita nak melanggar Fitrah ciptaan ALLAH yg Esa??? kan...

honestly i like the way she deliver the storyline... simple yet full of massage...

pesanan penaja read with ur heart  jangan membabi buta je (baca separuh jalan then wat konklusi)... fikir dalam2x apa yg penulis nk sampaikan sebenarnya.....
ok, bagi penggemar buku novel ni one of the kind that will open ur eyes towords some hidden world out there. Dunia kecil yang hanya segelintir org je tahu....  
oklah tu,,,, kan..


Tapi kalau anda jenis yg peminat tegar novel cinta air mata dan jiwang2x, nangis je 24 jam tak yahlah abiskan duit beli novel FIXI ni.. perabis duit korang je aku sure potong jari korang x kan baca... (gile kejam statement aku...)

Satu frasa yg aku suka dlm novel kelabu ni:
" Katarsis itu pemangkin perubahan.... dia tidak berubah namun dia menjadi pemangkin kepada satu perubahan yang berlaku"....lebih kurang la ayat dia...

apa yg nak aku katakan ialah kita jadikan diri kita sebagai agen perubahan amik ko dah masuk subjek perguruaan ni guru wannabe la katakan.... ye dok...??

untuk mengubah kawasan sekeliling kita dulu kene berubah... oklah???

 tu je kot entry mengarut aku kali ni... papehal pun pikirlah sebaik mungkin sebelum membuat keputusan kerana keputusan itu mungkin merubah siapa kita hari ni dan tak mustahil merubah org2x sekeliling kita...

sekian.... selamat berhujung minggu... :P










 

Thursday, October 17, 2013

Aidiladha Terakhir Di IPG???

Assalamualikum dan salam aidiladha.. cewahh..

Sekarang aku sangat gembira kerana waktu paling buzy sebagai pelajar tahun akhir di IPG dah berlalu sebulan yang lalu. seminggu sebelum balik cuti raya haji aku dah bentang kajian yang aku buat so yeaay aku dah hampir bebas....

banner waktu VIVA (bukan kereta ok) hari tu....

selama 5 tahun 1/2 belajar kat maktab waktu bentang kajian la yang paling orang tunggu...(20 minit yang paling cuak hahahha)
seriusly cuak giler tapi alhamdullilah aku boleh  buat o yeahhh..(mode happy giler)
muka happy giler tak leh blah...
betullah apa yang orang kata.... masa tu ibarat pedang kalau kita tidak memotong maka ia akan memotong kita...( fuh penuh falsafah maklumlah sem 8 ni la trademark kitaorg lately) lagu raihan pun ada kata.... ni dengor aku nak nyanyi sikit:

...ingat lima perkara sebelum lima perkara,
sihat sebelum sakit,
muda sebelum tua,
kaya sebelum miskin,
lapang sebelum sempit,
hidup sebelum mati...

...kredit kepada Raihan...

yang aku nak highlight tu yg part lapang sebelum sempit.. serius drp pengalaman sebenar aku masa 24 jam yg tuhan bagi tu rsa tak cukup sebab apa?
sbab suka tangguh kerja... hadoilah... tabiat aku ni memang payang betol nak diubah.... setiap tahun pasang azam baru tapi jadi gitu jugak... sabor je lah.. mungkin
masa dan usia
je kot yang boleh tolong aku ubah tabiat tak elok nie... ok buat sapa2x yang kat luar sana jangan  ikut mak jemah ye... kerja yang cikgu bagi siapkan awal2x... nanti bila dah tak cukup masa baru nak gelabah gonjeng....

 tapi dalam aku dok taip cite nie.... aku pun pikir balik ade kene mengene ke tajuk dengan entry>?? macam biasa bro... tajuk kelaut entry ke gunung...
 tapi takpe... yng penting tiada kes kematian
dilaporkan sekian... huhuhu...
awat plak betoi la...

hari ini 17/10/2013 maktab aku buat sambutan hari raya korban dgn bulan bahasa, so takde kelas... aku dengan kepala yang dah masuk angin ni pergilah maktab,,, ikut program tu.. kalau tak pengarah merajuk plak...aku kan org penting maktab...(mata juling ke atas...
walau apapun bak kata hausemate aku kita dok sini dah tak lama dah... lagi 29 hari je... so enjoy je la kehidupan sebagai students... lepas ni dah masuk alam kerjaya... entah macam mana la plak....

 tapi seriusly aku sangat suka kehidupan sebagai pelajar tahun akhir sebab lepas habis belajar boleh grad... cite2x aku dri kecik tu....
walaupun sibuk dengan kerja yang sesak nafas tapi aku enjoy je selalu... ko giler asyik belajor je nanti terlebih pandai la plak ... ok yg ni aku gurau sriusly tolong la
 gelak....


aku rasa sampai takat ni je la kot aku tulis... nak upload gambar x de kabel telefon.. so apepun salam aidiladha dan jalani hidup anda dengan penuh kegembiraan... jangan sedih2x nanti makna sebenar hidup tak dapat dikecapi ok...
sekian

majulah sukan untuk negara...(takde kene mengena langsung.. tapi suka hati aku la nak tulis aku kan rajin.. wahahahahah)





Sunday, August 25, 2013

serabut ke ???

assalamualaikum..... salam syawal :)

mencari sekuntum permata dalam timbunan kaca itu sukar, tapi mencari ilmu dalam timbunan buku itulah adat belajar. siapa engkau dan siapa aku usah dipersoalakan tapi tanya diri sendiri kenapa aku di sini dan untuk apa aku buat semua ni??

serius kan penyataan diatas?
well aku pun tak tau kenapa aku tulis ayat - ayat kat atas tu. cuma satu je yg aku tau lately hidup aku agak serabut. macam biasa menjadi pelajar tahun akhir bukan senang dan rupanya banyak kerja yang perlu dibuat.. paling tak syok esemen...(demam esemen part 8 melanda IPG hohoho bersedialah anda semua....)

otak jammed dan jari kaku untuk menaip di papan keyboard apa yg perlu aku tulis, macam mana struktur ayat aku dan bolehkah org faham kalau baca apa aku tulis ni.... macam2x perkara yang berputar diminda tapi yang pasti aku x sabar menunggu berakhirnya semua ini dan lepas tu boleh rehat sepuasnya yeayyyy...

perhatian ku alih sebentar ke sini. bukan apa sekadar berkongsi rasa dan menghilangkan serabut yang menyesakkan dada ini. (giler a puitis abes ayat)

sekarang semua kawan2x aku sibuk menyiapkan esemen masing2x. semua org buzy jadi takde masa tok main2x dah lani.... nasihat aku kepada kawan2x diluar sana dan untuk diri sendiri walau apa pun cabaran dan rintangan yang datang, yakinlah bahawa Allah tidak akan menguji hambanya melebihi kemampuan mereka... insyaallah aku boleh buat semua tugasan ini . yeah cayok2x sue

nie nak masuk cerita lain plak:

semalam aku dan classmateku menghadiri open hause yang dibuat oleh bekas pensyarah di jabatan matematik EN. Azman. open hause ini sempena raya dan menyambut ulangtahun kelahiran beliau (yg keberapa aku tak ingat hihihi). aku sangat gembira kerana pensyarahku ini bakal mendapat gelaran DR. sikit masa lagi. semoga beliau terus sukses dalam pelajaranya.
dan aku?

 aku harap aku pun dapat mengikuti jejak langkah beliau satu hari nanti insyaallah

di rumah encik Azman banyak makanan disediakan. aku apa lagi bedal lah. bukan selalu dapat makan free...(perangai x senonoh). ini merupakan open hause yang terakhir yang aku hadiri kerana lepas ni aku akan pulang ke kg halaman dan menggu surat posting.. semoga perjalanan hidup aku akan baik2x saja dan penuh dengan kenangan. kat bawah ni gambo kami masa open hause kat umah en. Azman.

muka2x bakal guru mt insyaallah

harapan aku semoga ukhuwan aku dan classmate ku ni kekal sampai bila2x...

perjalanan hidup setiap orang adalah berbeza. apa yang sama kita berdoa dan berharap kepada pertolongan tuhan yang satu iaitu ALLAH S.W.T.

sekian post kali ni macam serius takut aku nak sambung hihihi...
kalau aku rajin jumpa lagi di lain entry....

p/s: nak sambung esemen kononnya. sambil dengar lagu papa rock "perjalanan hidup"

Tuesday, August 20, 2013

Final year students... pheww

assalamualaikum salam satu malaysia. (aku kan patrotisme orangnya)

Oklah mula-mula aku nak ucap selamat hari raya aidilfitri kat readers (ada ke???)
semoga Aidilfitri kali ini membawa seribu keberkatan kepada semua.

oklahh. Back to the main focus. sekarang aku berada di Sem 8 di IPG. dalam Bahasa mudah aku dah tua. bile sebut tua rasa macam malas je nak pikir.. tapi tak boleh.
giler ko tak pikir mana ngan kajian yg tak siap agi plus esemen yang mintak mende2x yang pelik dan macam-macam isu dan masalah yg aku tempah lagi.
semua ni pakej menjadikan aku seorang yang matang dan kene merasakan diri aku dah besar. (terasa la ada perubahan hahaha)
diulang BESOR ok..
nie la gambarannye hidup aku sekarang ok...

Tapi sejak naik cuti ni, housemate aku asyik cakap pasal kawin je. entahlah mungkin usia dah makin meningkat kot jadi pemikiran pun dah macam org besor.. (ulang lagi perkataan ini adoi). kawan-kawan batch memang ramai giler yg dah kawin. macam pesta pun ye jugak huh..

walau apa pun aku ucapkan selamat pengantin baru dan semoga panjang umur. semoga korang menjadi insan yg lebih baik selepas kawin ye...
ucapan fokus: kepada classmate aku dah kawin.( lelaki ok) semoga ko gembira dan bahagia ye.. Jodoh dia dah sampai... tahun depan mungkin kawan aku ni jadi bapak orang la plak.. insyaallah..... doakan la ye.

Aku?? ala macam biasa la... hidup tak terurus jangan nak berangan sangatlah nak kawin... hahahah... tapi lepas kawin nak buat apa ek?? macam mana dengan kehidupan? apa yg berubah???
boleh sapa2x jawab tak?? (nie pun dok bertegang urat ngan hausemate. saja je nak cari isu nak bahas kan)

oklah tutup buku pasal kawin ni.. semasa aku update post nie, actually aku tengah wat esemen (poyo je lebih ni). esemen entah kemana yg pasti tido aje la kejenye....

Bak kata Pn YUS kalau asyik pikir susah memang benda tu akan jadi susah. so kene pikir senang je sentiasa...(kepala nak kene tune dan format ni).  keje yg banyak ni menjadi tekanan kot.. so aku kene alih perhatian dulu baru mula wat keje. kene mula gerak dah.. cayok2x

yg pasti satu mende je yg berlegar dalam kepala la ni?? kenapa aku update post malam ni?? biasa bukan main susah lagi nak menjengah ke sini... papejelah...
mungkin pening dengan subjek yg dipelajari hari ini jadi aku pun merapu meraban kat sini

thanks kepada yg sudi baca...

ini adalah catatan diari aku.... tapi biasalah kan,,, aku ni bukan rajin bebenor nak update

 kat sini,,, buzy la katakan (tangan ke bahu mata pandang atas)


Akhir kata (macam surat dah ni) selamat malam dan slamat beresemen kpd rakan2x seperjuangan... sebelum melalut entah apa2x bek aku chow...
k bye...
Assalamualikum.... :)


Monday, July 01, 2013

Internship selama sebulan di SK Cyberjaya...

assalamualaikum...
wah banyak pulak sarang labah2x kat sini... maklumlah buzy nyalahkan PM ye dok??.. just joking..(abaikan apa yg aku merepek kat atas tu... >< )
oklah nak dimudahkan cite.. hari nie aku mula internship kat sekolah CYberjaya.. bagi yg x tau kat mana sek nie.. cari sendiri ye.. malas nak layan... hukhukhuk
hari ni jugak kajian tindakan aku yg kononnya nak menambah amalan guru tuuu.. dah mula jalan dah. walaweh.... semput... (tangan kipas2x mintak oksigen ><)

dalam masa dua bulan akan takkde kat sek tu.. macam2x dah berubah weeh.. (macamlah cg2x kat ctu kisah aq ade ke tak...)

first off all (gaya mat lutfi) GB a.k.a guru besor dag bertukar.. mantap beb.. dari GB pompuan tukar jadi lelaki..
aku x ingat la nama dia well baru first day kan... (gaya mintak penompor hahahah)

tapi daripada komen2x member2x internship ngan feedback guru2x ngan budak2x SK Cyberjaya rata2x suka ngan GB yg baru ni.. so oklah kot.. sebab tadi je pun aku ngan geng2x yg len, jumpa dia kat bilik..
macam2x pesanan yg dia bagi kat kami..
 paling best dia ni salah sorang yang tempatkan guru2x macam kami (lepasan maktab) posting... so lepas ni sapa2x nak pasang kabel boleh jumpa aku..
hahahahah(gelak bangga ade kene mengene ke :P ?)

minggu ni jugak minggu sukan kat Sk Cyberjaya (SKCJ)... so sepanjang minggu nie x yah pakai baju kurung tu yg aq suka tu... aku dengan segala hormat jadi kuli a.k.a tukang kene suruh, menyuruh dan disuruh ... (banyak pulak suruh kat citu...)

well, honestlt i feel a little bit nervous about this internship.. because all the marks will be given by school, so kami semua kene baik dan kipas sikit2x sek tu supaya dapat A..(niat xikhlas... pape je lah sue)

aku rasa tujelah kot yg boleh diupdate setakat nie... aku pun banyak keje len lagi,, nanti kalau ade masa (kalau la ye jangan nak mengharap lebih2x sebab aku pun x percaya ngan diri sendiri.. wahahaha) aku update latest info...

nah ambil gambor sempena internship ni tok aku dan member2x seperjuangan....

aku, Teduhan kasih dan internship.. (ade kene mengene -mengene ke???)

bak kata akak kat atas nie internship best... best ke??? (muka konpius....)

chow.... jumpa lagi di lain page...
p/s: esok 2/7/2013 jangan lupa tengok Teduhan KAsih ... Ep akhir
 (apa jadi ngan PAPA EHSAN???) nah.. promote.. sebab aku sekarang tengoh selok tengok cite nie... 
(production kene bayar lebih upah kipas :P)





















Thursday, April 04, 2013

exam Fever....

Entry yang tertangguh....

assalamualaikam dan salam  pagi jumaat... aku baru bangun tdo waktu update blog ni... sorry ye...
oklah... dh tengok kan tajuk kat atas tu. pasal exam fever. so aku rasa semua org dah tau kot makna perktaan ni. jadi aku x payah susah2x pankrease nak terang mende ni panjang lebar kat korang...
oklah first of all, aq nak ucapkan slamat menempuh SPM kpd semua calon SPM di malaysia (disebabkan entry ni lambat publish budak2x SPM dah amik result pun.. papepun slamat amik result la ye).

selamat maju jaya kepada semua yg amik SPM...
chow

ni cite taun lepas ni.. aku main publish je malas nak layan.. hahahhaha

Final Praktikum... lagi 2 Minggu....
Assalmualaikum.. nampak tak tajuk yang aku tulis kat atas tu?? ha tu maknnye aku tengoh sibuk right now.
know what tahun ni final year aku study so as a final year student (speking london tu) banyak mende yang kene buat dan paling tak best adalah buat kajian tindakan. baru aku tahu rupanya susah nak jadi final year student ni..
apa2x pun doakan aku agar dapat mengharungi praktikum fasa 3 ni dengan jaya nya ok..

keje student aku yg salah.. mende ni la kene wak kajian.. sabor je la aku...


paling hampir dengan aku sekarang ini ialah kene hantar Proposal kajian Tindakan dimana harinya adalah  esok. diulang esok  ok
bersamaan 5 april 2013...

 padan muka aku sapa soh tangguh keje. dan paling tak best lagi banyak lagi tak siap, esok ada kelas kene ngajar :P
memang cukup a perisa kesusahan yg aku lalui minggu ni ...

hopufully esok akan baik2x saja. kalau korang nak tahu sebab aku wat entry ni aku dah blank sangat dan penat. nie je la cara aku lepaskan tekanan. papepun hidup perlu diteruskan...
kepada rakan2x yg seangkatan ngan aku terutamanya dak mt PISMP 7.03 cayok2x ngan proposal masing2x... bak kata doktor yus (my mt lecturer)
"great teacher create another profession... (ade kaitan ke dengan entry ni.. lantak a :P)

oklah cow dulu.. kalau aku rajin aku tulis la apa2x yg aku rasa nak tlis...

p/s: akhir kata kajian tindakan wait for me.... bye2x
nie la rupa aku masa wak proposal AR... entah pape je lah...(credit to google atas pic ni..)