Here I am..

welcome to my respected readers. I am an ordinary human... as the saying says normal people makes mistakes... but lives begin when we learn from mistakes....

Sunday, February 16, 2014

Bulan 2 apa yang menarik????

Assalamualaikum...

Cepat betul masa berlalu sedar2x dah masuk bulan ke-2 dlm tahun baru. ermm macam biasa aku masih belum lagi bekerja. sekarang   ini aku try isi borang cikgu ganti mana tau ada rezeki dpt kerja jadi cikgu ganti... well sepanjang bergelar penganggur ni, hidup aku takdelah menarik mana pun. paling best pun event yang jadi pada tahun ini ialah housemate aku kawin.. tapi aku tak dapt dtg kerana ada masalah teknikal yang tidak dpt dielakkan.

nampaknya dah dua org kawan sekelas aku kat IPG yang dah kawin. akan datang plak lagi sorang kawan aku yang kat raub pulak nak kawin. jodoh mereka dah sampai so aku doakan yang terbaik la buat kawan aku yang bakal bergelar isteri tu... apapun yang yg jadi macam biasa hidup kene diteruskan.... kepada mereka yang kehilangan  org tersayang dalAM bulan 2 ni takziah aku ucapkan. stay strong and keep praying...

kalau baca tulisan aku kat atas tu sebenarnya takdepun isi yang korang boleh dapat. hari ni hari ahad sangat boring kerana tiada rancangan yang menarik yang ada kat tv... so boring and do not know what to do. jadi aku ambil keputusan menjenguk blog aku yang agak bersawang ni... (shahdu la plak adoi..)

tiada apa yang menarik yang aku nak kongsikan cuma akhir-akhir ni aku terfikir akan tujuan hidup aku... takkan selamanya aku nak berada di takuk lama (gosh apa yang aku merepek ni... )

erm ok dah dapat idea nak cakap pasal apa... ha! (kalau dlm tv ada mentol menyala) dah dapat

ok sekarang aku pasti demam drama Ariana Rose masih belum surut lagi.. rata2x org masih lagi bercakap tentang drama ini. aku macam biasa jadi pengikut cerita ni... well honesty walaupun aku takdelah gila sangat dgn cite ni tapi aku follow la jugak... overall drama ni aku rate 4/5 kira not bad la. it has the storyline and the actor and actress are trying their best in playing their role... so congratulations to the all team productions.

klise cerita melayu... watak cerita mesti melibatkan orang kaya ataupun keturunan tengku2x (kerabat) entahlah mungkin aku aje perasan ataupun memang produksi filem dan drama negara memang kuat berangan. kerana setakat ni hampir 90 peratus drama yang aku penah  tengok kat tv memaparkan cerita tentang orang kaya2x... kalau mengikut peratus berapa kerat sangatlah org kaya kat malaysia... penat kot sebab banyak sangat angan2x dalam cerita sedangkan realiti tidak seindah impian (pheww) sorry kalau ada yang tak setuju dengan pandangan aku tapi betullah kata omputeh reality is bitter to swallow... apa2x je lah bukan aku ada rugi apapun...

semalam aku ada bersembang dengan ayah aku topik tentang ceirta dlm tv... setakat ni aku rasa cerita yang aku boleh ulang tayang tengok ialah cerita JUANA yang main kat slot aksi dulu. cerita dia ada storyline dan pelakon dia hebat2x...frankly speaking pelakon2x dalam cerita ni biasa2x je normallah takdelah yang overdose hemsem atau cantik.. dan ia memaparkan latar masyarakat penghuni sekolah juana. cerita yang beginilah yang patut diperbanyakkan. Paparkan realiti kehidupan dan buat cerita yg boleh sampaikan mesej utk orang ramai.. barulah org akan respek dan nak tengok cerita yang dibuat oleh negara kita...

 ni asyik dok tayang cerita sinetron je.. sampai aku pun naik muak (nie nak masuk mood membebel). aku rasa kalau kita ke indonesia, rasanya mereka tidak ada memaparkan cerita dari negara kita.. hanya kita je dok sibuk tayang cerita negara org. itu jelahlah aku nak sampaikan. bukan niat aku nak ,kondem sistem brodcasting negara kita, ini hanya pandangan aku je... tapi sesuatu/ seseorg perlu tampil dan ubah stigma masyarakat negara kita. disebabkan banyak cerita yang berangan maka masyarakat pun berangan dan majoritinya Melayu. kita harus bangun dari lena yang panjang. kalau kita tak mulakan langkah yang pertama hari ini siapa lagi kan...???

ok aku rasa aku dah membebal terlalu panjang. ini hanya pandangan dan terserah sama ada nak terima atau tak sebab aku tak rugi apapun kecuali bil letrik rumah aku. tu je... sekian bebelan untuk hari ahad..

chow...